KESIMPULAN
Bagi masyarakat yang mempunyai ajaran agama, isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) adalah isu akidah yang sangat serius. Status jantina dan orientasi seksual mengelirukan golongan mengamalkan LGBT itu akan menyebabkan berlakunya kerosakan yang sangat besar terhadap hukum-hakam dalam perkahwinan, faraid dan keturunan manusia. Bagaimanapun, Islam menzahirkan pendekatan cukup indah dan terbaik iaitu masalah LGBT yang melanda seluruh dunia ketika ini perlu dibendung dengan bijaksana. Bukannya bersifat menghukum, tetapi ingin mendekati mereka dengan memberi keadilan serta mengajak semula kepada kehidupan yang di derai. Dakwah terhadap komuniti LGBT ini jelasnya mestilah dilaksanakan secara serius di samping mempunyai pelan Tindakan yang sistematik dan dilaksanakan secara holistik. Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan keperluan mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas LGBT bagi merawat dan membimbing golongan itu...