KESIMPULAN

Bagi masyarakat yang mempunyai ajaran agama, isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) adalah isu akidah yang sangat serius. Status jantina dan orientasi seksual mengelirukan golongan mengamalkan LGBT itu akan menyebabkan berlakunya kerosakan yang sangat besar terhadap hukum-hakam dalam perkahwinan, faraid dan keturunan manusia. Bagaimanapun, Islam menzahirkan pendekatan cukup indah dan terbaik iaitu masalah LGBT yang melanda seluruh dunia ketika ini perlu dibendung dengan bijaksana.
Bukannya bersifat menghukum, tetapi ingin mendekati mereka dengan memberi keadilan serta mengajak semula kepada kehidupan yang di derai. Dakwah terhadap komuniti LGBT ini jelasnya mestilah dilaksanakan secara serius di samping mempunyai pelan Tindakan yang sistematik dan dilaksanakan secara holistik. Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan keperluan mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas LGBT bagi merawat dan membimbing golongan itu ke arah kebaikan, kerohanian dan kesejahteraan rakyat.
Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara turut mengesyorkan pendidikan mengenai LGBT dimulakan sejak di peringkat sekolah. Ini supaya pelajar terdedah kepada gejala gaya hidup sedemikian yang menjurus kepada perbuatan seks bebas, kerosakan institusi kekeluargaan serta masyarakat dan penyumbang kepada peznularan jangkitan HIV. Sehingga kini terdapat sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Komuniti Hijrah dalam kalangan bekas peserta yang pernah mengikuti program Mukhayyam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Justeru, program-program pemulihan terhadap komuniti ini mestilah diperkasakan berdasarkan model pemulihan holistik.
Ulasan
Catat Ulasan