Catatan

KESIMPULAN

Imej
  Bagi masyarakat yang mempunyai ajaran agama, isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) adalah isu akidah yang  sangat serius. Status jantina dan orientasi seksual mengelirukan golongan mengamalkan LGBT itu akan menyebabkan berlakunya kerosakan yang sangat besar terhadap hukum-hakam dalam perkahwinan, faraid dan keturunan manusia. Bagaimanapun, Islam  menzahirkan pendekatan cukup indah dan terbaik iaitu masalah LGBT yang melanda seluruh  dunia ketika ini perlu dibendung dengan bijaksana.  Bukannya bersifat menghukum, tetapi  ingin mendekati mereka dengan memberi keadilan serta mengajak semula kepada kehidupan yang di derai. Dakwah terhadap komuniti LGBT ini jelasnya mestilah dilaksanakan secara serius di samping mempunyai pelan Tindakan yang sistematik dan dilaksanakan secara holistik. Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan keperluan mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas LGBT bagi merawat dan membimbing golongan itu...
Imej
  Ahmad (kiri) menyampaikan plak Tokoh Istiqamah kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin (dua dari kanan) pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini hari ini. Perkasa undang-undang berkaitan LGBT YAN: Dewan Ulama PAS Pusat menggesa undang-undang berkaitan budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT) diperkasakan bagi memelihara akidah umat Islam di negara ini. Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya, berkata kerajaan perlu menangani isu ini secara serius dan bersikap lebih peka terhadap ancaman pendukung ideologi LGBT yang sedang meresap masuk ke rantau ini. Di samping itu, beliau berkata kerajaan juga perlu berhadapan realiti getir untuk mempertahankan negara daripada usaha 'menghalalkan' LGBT, susulan pengumuman untuk menerima LGBT oleh negara dari rantau sama. "Sistem perundangan semasa yang meletakkan amalan LGBT sebagai suatu kesalahan jenayah telah termaktub dalam Seksyen 377 Kanun Keseksaan. "Begitu juga pelbagai pe...
Imej
  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary Mesyuarat Khas tangani isu LGBT PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Task Force bagi menangani isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam negara ini yang berlangsung hari ini, bersetuju untuk segera melaksanakan tindakan tegas secara bersepadu. Ia bagi menangani isu penghinaan agama secara umum dan promosi gaya hidup LGBT, khususnya di media sosial, selain mencerminkan komitmen kerajaan dalam menangani isu berkenaan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata tindakan lain adalah bagi mengenal pasti kekangan yang dihadapi pihak penguat kuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu. Katanya, mesyuarat juga mencadangkan pindaan kepada Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan undang-undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri. Ini bagi membolehkan penguatkuasaan undang...
Imej
  Tindakan tegas tangani isu hina agama dan promosi LGBT di media sosial Bernama Jun 24, 2021 21:07 MYT Ahmad Marzuk turut mendakwa kumpulan aktivis LGBT bersikap dwistandard kerana hanya memperjuangkan isu secara terpilih yang menguntungkan pihak mereka. - Gambar fail/BERNAMA KUALA LUMPUR: Tindakan tegas secara bersepadu bagi menangani isu penghinaan agama secara umum dan promosi gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) khususnya di media sosial akan dilaksanakan dengan segera. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Task Force Menangani LGBT hari ini, sebagai komitmen kerajaan dalam menangani masalah itu. Tindakan tersebut antara lain ialah mengenal pasti kekangan yang dihadapi pihak penguat kuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu serta mencadangkan pindaan Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan undang-undang...
Imej
  Bilangan gay, transgender semakin meningkat: JAKIM Audrey Dermawan  -  Oktober 29, 2018 @ 5:00pm audreymd@nst.com.my TIMBALAN Pengarah Keluarga, Sosial dan Pembangunan Komuniti JAKIM, Dr Mohd Izwan Md Yusof berucap pada Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari di Georgetown, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam GEORGETOWN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini, mendedahkan anggota masyarakat gay dan transgender di negara ini semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu. Timbalan Pengarah Keluarga, Sosial dan Pembangunan Komuniti JAKIM, Dr Mohd Izwan Md Yusof, berkata statistik terbabit direkodkan melalui pelbagai sumber dengan hasilnya mempamerkan peningkatan trend membimbangkan itu. Katanya, kebanyakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bermula sejak mereka di sekolah berasrama, terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja lelaki berusia 12 hingga 15 tahun kerana belum matang dan tak dapat membezakan jenis sentuhan ke atas mereka. A...
Imej
  Undang-undang banteras LGBT sudah cukup, penguatkuasaan perlu lebih kuat Rafidah Mat Ruzki  -  Januari 17, 2021 @ 12:37pm fidahruzki@bh.com.my AHMAD Marzuk Shaary PUTRAJAYA: Enakmen jenayah syariah sedia ada disifatkan sudah mencukupi untuk menangani isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam negara ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary, menegaskan apa yang paling penting ialah aspek penguatkuasaan undang-undang berkenaan. Beliau berkata, isu yang timbul ketika ini ialah keperluan kerjasama di antara pihak berkuasa agama dengan pihak penguat kuasa dalam menguatkuasakan undang-undang terbabit. Katanya, tindakan pelbagai pihak yang membangkitkan isu berkenaan perlu dianggap satu dorongan kepada pihak berkuasa agama mengambil tindakan sewajarnya menggunakan enakmen sedia ada. DISYORKAN UNTUK ANDA "Enakmen sedia ada sudah mencukupi. Perilaku individu terbabit, sama ada melanggar enak...