Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2022

Cegah LGBT dengan undang-undang, tarbiah(BERITA HARIAN)

Imej
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu mencari kaedah berkesan untuk membanteras gejala negatif lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) supaya tidak menular dan merosakkan generasi baharu negara. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata kewujudan golongan yang membawa budaya songsang di negara ini dilihat sebagai satu bentuk ancaman terhadap nilai murni yang diajar agama dan yang didukung masyarakat Timur selama ini. "Jika budaya negatif ini dibiarkan tersebar secara berleluasa dalam masyarakat, dibimbangi ia menjadi sejenis wabak yang boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan negara. "Justeru, kerajaan perlu komited dan bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran, sekali gus mengelakkannya daripada tersebar luas dalam kalangan masyarakat sehingga boleh merosakkan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan, hari ini. Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam ke...

Apa Itu LGBT?

Imej
Kalau tak faham sangat, pernah tanya apa itu LGBT? LGBT bermaksud lesbian, gay, biseksual dan transgender. Pada mulanya pada tahun 1990, LGBT digunakan untuk merujuk kepada kumpulan homoseksual dan transgender sahaja. Hari ini, singkatan ini merangkumi pelbagai orientasi seksual dan pelbagai identiti jantina. Untuk menunjukkan perwakilan yang lebih menyeluruh, singkatan LGBT telah berkembang kepada LGBTQIA atau LGBTQ+. Sungguhpun begitu, LGBT sememangnya lebih kerap digunakan sebagai istilah yang mewakili kumpulan yang berlainan jantina dan orientasi jantina daripada heteroseksual dan cisgender (berkaitan dengan jantina). Jika anda masih tidak memahami pelbagai jenis orientasi seksual dan ekspresi jantina yang disertakan dalam LGBT, mari semak ulasan berikut. Jenis-jenis LGBT 1. Lesbian Orientasi seksual dalam LGBT menggambarkan wanita yang mempunyai minat terhadap individu dengan jantina wanita atau orang yang mengenal pasti diri mereka dengan jantina wanita. Ini bermakna wanita t...

PENGENALAN

Imej
    LGBT adalah akronim yang merujuk kepada lesbian, gay, biseksual dan transgender.   Aktiviti LGBT merupakan satu fenomena yang membabitkan emosi seksual terhadap sesama jantina sebagaimana yang dijelaskan oleh Feldman (1994). Bagaimanapun melihat pada pandangan Kendall & Hammen (1997) homoseksual bukan saja melibatkan perlakuan seksual tetapi berkaitan dengan keinginan dan kecenderungan seseorang individu secara psikologi, emosional dan sosial terhadap individu sejenisnya. Melalui sains dan teknologi, mereka berupaya merubah keadaan fizikal mereka daripada lelaki ke perempuan atau sebaliknya tanpa memikirkan kesan-kesan yang akan berlaku terhadap diri mereka, keluarga, masyarakat, agama dan kesihatan diri. Peringkat awal kewujudan golongan LGBT di Malaysia bermula dengan kewujudan pondan dan mak nyah sekitar tahun 1980-an (Mahfudzah Mohamad, 2015) dan istilahnya digunakan pada tahun 90-an (Noor Hafizah Haridi, et.al, 2016). Malaysia menggelarkan lelaki...