PENGENALAN
LGBT adalah akronim yang merujuk kepada lesbian, gay, biseksual dan transgender.
Aktiviti LGBT merupakan satu fenomena yang membabitkan emosi seksual terhadap sesama jantina sebagaimana yang dijelaskan oleh Feldman (1994). Bagaimanapun melihat pada pandangan Kendall & Hammen (1997) homoseksual bukan saja melibatkan perlakuan seksual tetapi berkaitan dengan keinginan dan kecenderungan seseorang individu secara psikologi, emosional dan sosial terhadap individu sejenisnya. Melalui sains dan teknologi, mereka berupaya merubah keadaan fizikal mereka daripada lelaki ke perempuan atau sebaliknya tanpa memikirkan kesan-kesan yang akan berlaku terhadap diri mereka, keluarga, masyarakat, agama dan kesihatan diri.
Peringkat awal kewujudan golongan LGBT di Malaysia
bermula dengan kewujudan pondan dan mak nyah sekitar tahun 1980-an
(Mahfudzah Mohamad, 2015) dan istilahnya digunakan pada tahun 90-an
(Noor Hafizah Haridi, et.al, 2016). Malaysia menggelarkan lelaki gay
sebagai pondan, Thailand pula menggelar remaja gay dan lesbian sebagai
Tom-dee, manakala lelaki homoseksual sebagai ‘Tuy’ (Megan Sinnott,
2000). Isu LGBT pernah menjadi utama di dada akhbar pada tahun 2011
(Mohamad Yusof Helmy Ramli, Rani Ann Balaraman, Mohamad Saifudin
Mohamad Saleh, 2017) dan masih menjadi perbincangan sehingga kini.
Contohnya perhimpunan hari wanita sedunia pada 8 Mac 2019 disertai
sekumpulan komuniti penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT) yang menyuarakan hak kebebasan asasi mereka (Astro Awani, 2019).
Secara umumnya, kegiatan mereka mempunyai kaitan dengan keinginan
manusia untuk merubah fitrah asal kejadian mereka kepada personaliti
yang bertentangan iaitu mempunyai kecenderungan seksual terhadap jantina
yang sama (gay dan lesbian), kecenderungan seksual terhadap lelaki dan
wanita (Biseksual) atau berkeinginan mengubah jantina melalui
pembedahan.
LGBT merupakan satu penyakit, perlu dilarang secara
perundangan bahkan dirawat (Jeanete Ophilia Papilaya, 2016) kerana
aktiviti mereka sama seperti pelacuran. Berdasarkan perbincangan di
atas, artikel ini ditulis bertujuan untuk mengenal pasti keperluan untuk
membangunkan model pemulihan holistik terhadap komuniti LGBT. Artikel
ini penting bagi menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan LGBT oleh
pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan. Kumpulan LGBT merupakan komuniti
yang perlu dibantu dalam proses pemulihan.
LGBT juga boleh dikategorikan sebagai penyakit psikitari atas faktor kecelaruan pemikiran
yang dihadapi. Penyakit ini juga tidak terhad kepada gender semata-mata tetapi turut
merangkumi beberapa aspek lain seperti warna kulit, usia dan lain-lain. Dalam masyarakat
Barat seperti di Amerika Syarikat, golongan LGBT masih dianggap oleh sesetengah
kelompok masyarakat sebagai golongan tidak bermoral, tidak suci atau tidak berfungsi
(Jonathan Ned Katz, 1992). Sehingga tahun 1973, golongan LGBT disifatkan sebagai
golongan
yang mempunyai penyakit mental yang diwartakan dalam Manual Diagnostik
dan Statistik Gangguan Mental (DSM) oleh Persatuan Psikiatri Amerika
(American Psychiatric
Association, 2021).
Gerakan LGBT bermula di Amerika Syarikat yang memperjuangkan falsafah kebebasan, persamaan hak dan hormat-menghormati sehingga akhirnya gerakan kelompok minoriti tersebut diterima oleh masyarakat dunia pada hari ini. Sehingga abad ke-19, aktiviti seksual sesama lelaki telah disebut dalam teks Anglo-Amerika di bawah syarat tindakan luar biasa, jenayah terhadap alam semula jadi, liwat atau buggery. Sistem perundangan di England pada 1533 mengutuk amalan buggery dan pelakunya boleh dihukum gantung. Sehingga tahun 2021, Belanda merupakan negara pertama yang membenarkan perkahwinan sejenis pada tahun 2001, diikuti oleh Sweden, Argentina, Belgium, Kanada, Iceland, Norway, Afrika Selatan, Sepanyol, Portugal, Denmark, Uruguay, Brazil, Perancis, New Zealand, Mexico, Taiwan dan Israel bersama-sama dengan 25 buah negeri di Amerika Syarikat (Zainul Rijal Abu Bakar, 2021). Namun terdapat beberapa negara yang mengenakan hukuman mati kepada kesalahan homoseksual seperti Arab Saudi, Sudan, Iran, Nigeria, Mauritania Yaman serta negara tersebut mengenakan hukuman juvana kepada pesalah bawah umur sekiranya mereka melakukan kesalahan homeseksual (Javaid & Elani, 2013).

Ulasan
Catat Ulasan